There was an error in this gadget

Monday, 5 December 2011

Makropengajaran Matematik

Tajuk: ISIPADU CECAIR
sub topik: MENDARAB ISIPADU CECAIR
tempoh masa: 60 minit
objektif:  Pada akhir pembelajaran murid dapat:
1.    Mendarab isipadu cecair  yang melibatkan pertukaran unit dengan:
a.    nombor satu digit
b.   10,100 dan 1000 
ALATAN : Tong minuman, botol air berisipadu 500ml (yang dibawa oleh murid) , kordial sirap, bikar (untuk setiap kumpulan)
KAEDAH : Kontekstual
AKTIVITI:
Set induksi :
     1.    Guru membancuh air minuman di dalam tong.
2.    Guru mengisikan air minuman tersebut ke dalam botol air lalu meminta beberapa orang murid menyatakan ukuran isipadu cecair. (500 ml)

3.    Guru meminta murid lain menukar unit ke dalam liter (0.5 liter) 

Langkah 1 :

1.    Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mempunyai ahli seramai 5 orang

2.    Wakil kumpulan diminta mengisi air ke dalam 3 botol kosong berisipadu 500 ml yang dibawa oleh mereka

3.    Setiap kumpulan diminta menuangkan kesemua air di dalam botol ke dalam bikar yang disediakan
Langkah 2 :

1.   Murid  membaca ukuran pada bikar (1.5 liter)

2.   Guru menerangkan bahawa 0.5 liter X 3 = 1.5 liter

3.   Guru menuliskan dalam bentuk lazim pada papan tulis

                  0.5 liter
              X   3____
                1.5 liter

Langkah 3:
      1.   Guru mengaitkan satu situasi dengan menunjukkan satu botol minuman
            berisipadu 230 ml sambil menegaskan ukuran dalam liter.
      2.   Guru bertanya kepada murid, berapakah jumlah isipadu air jika terdapat
            a.    10 botol air yang sama
            b.    100 botol air yang sama
            c.    1 000 botol air yang sama
      3.   Wakil kumpulan akan menunjukkan jalan kerja dalam bentuk lazim pada papan
            tulis sambil membuat pertukaran unit.
      4.   Guru akan membetulkan jalan kerja murid jika terdapat kesalahan. 

Langkah 4:
      1.   Kuiz dijalankan.  Guru akan memberi ganjaran sebotol air  bagi setiap jawapan
            yang betul.
      2.   Murid akan menjawab soalan dalam Lembaran Kerja yang disediakan.     

Penutup:
      1.   Guru membuat rumusan tentang pelajaran hari ini dan mengaitkan dengan
            kehidupan seharian .
      2.   Murid akan menjawab soalan daripada buku teks di rumah.

LEMBARAN KERJA
1.   0.7 liter X 3 = _____ ml                         2.  130 ml  X 4 = ______liter

  


3.   0.3 liter X 10 = _____ ml                       4. 150 ml X 10 = _____ liter 




5.   1.2 liter X  100 = ____ liter                    6.   250 ml X 100 = ____ liter 




7.   3.45 liter  X 1000 = _____ liter             8.   90 ml X 1 000 = ____ liter
  


No comments:

Post a Comment

My Blog List